|
Oleh Akhi Masrawi HIJRAH adalah kalimah yang merujuk kepada perpindahan Nabi Muhammad SAW dan Umat Islam pada era pra penubuhan Negara Islam Madinah. Dalam sejarah Islam sebenarnya hijrah bukan semata-mata hijrah yang itu. Tetapi setiap umat Islam akan merujuk kepada Hijrah yang itu bila memperkatakan persoalan hijrah. Konsep Hijrah terus subur sehingga ke hari ini dan hari-hari akan datang. Cumanya adakah kita masih bersedia ke arah pengamalan konsep hijrah itu? Jika dilihat dengan teliti, hijrah yang dari Mekah ke Madinah itu tidak akan berlaku lagi. Tetapi konsep hijrah yakni perubahan terus perlu dihayati. Saya mengambil keputusan membuka satu lagi Blog yang dinamakan BLOG AKHIMIZI :: Persepsi & Realiti :: di http://akhimizi.blogspot.com/ bukan kerana hendak berhijrah tetapi kerana tujuan membuka lembaran baru tentang persepsi dalam dunia pendidikan. Di MASRAWI Online ini, saya akan tetap menulis. Tetapi mungkin tidaklah aktif kerana perlu mengurus 2 blog. Akan tetapi, penulisan akan terus hidup dalam diri saya. Walau apapun ceritanya, yang pasti jari terus mengetik papan kekunci dan mata pena terus menuliskan cerita. Jangan lupa menziarahi blog baru saya. BLOG AKHIMIZI :: Persepsi & Realiti :: Salam penulisan. myakhimizi@yahoo.com YM id: mypujangga
|