-  
muka utama intro ku kenali ku arkib catatan terbaik puisi anjung tamu... isi jangan tak isi , biar dapat isi, jangan dapat biji..

Akhi Masrawi, seorang penulis bebas yang meluahkan pandangan dan idea seputar genre kreatif dan non-kreatif. Merakamkan catatan jalan hidup menerusi persepsi kendiri. Melakarkan penulisan sebagai komentar sosial, siasah, jagat, budaya, sejarah serta perspektif ad-Deen. Mengungguli sastera dan pemikiran. Pernah merentasi lorong akademik di SKUM (1987-1992), ALMAAD (1992-1999) dan Universiti Al Azhar As Syarif (1999-2003) dalam Fakulti Syariah wal-Qanun. Menulis untuk laman peribadi sejak Jun 2002. Hasil karyanya banyak tersiar di laman maya. Turut menerbitkan karyanya ialah beberapa majalah seperti Dewan Siswa, Majalah i, Dewan Agama & Falsafah dan lain-lain. Terlibat menyumbang karya untuk beberapa Antolgi Cerpen seperti Antologi AKAR, Mansurah dan Cinta Dan Rona Kinanah. Kini berkhidmat sebagai pendidik di utara tanahair. Menyimpan impian bakal lahir sebagai seorang penulis prolifik sekaligus pendidik unggul suatu hari nanti.

-Akhi Masrawi -

   
<< May 2008 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03
04 05 06 07 08 09 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30 31
If you want to be updated on this weblog Enter your email here:

Capaian Alternatif

Capaian Arkib:


Ini Versi 3.0

 

 

 

 

"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani"

Firman Allah SWT: "Katakanlah wahai Muhammad): Aku hanyalah diperintahkan supaya menyembah Allah Tuhan negeri (Mekah) ini yang telah menjadikannya suci lagi dihormati dan Yang Menguasai segala-galanya dan aku diperintahkan supaya tetap menjadi dari orang-orang Islam (yang menyerah diri bulat-bulat kepadaNya." (An-Naml: 91)

Wednesday, May 21, 2008
MIN HUNA ILA HUNAK 16

CATATAN KE-325

NOVEL CINTA DAN RONA KINANAH

Oleh Akhi Masrawi

SETELAH tidak berjaya menyiapkan manuskrip Novel CINTA SUFIAH yang terbengkalai, akhirnya saya memutuskan untuk menulis novel berdasarkan kepada ilham cerpen CINTA DAN RONA KINANAH yang pernah terbit dalam Majalah i beberapa tahun lalu. Malah Judul CINTA DAN RONA KINANAH pernah digunakan untuk sebuah ANTOLOGI CERPEN yang diterbitkan di Republik Arab Mesir (Egypt) yang disusun oleh Mohd Zaki dan Amiza Khusyri.

Hakikatnya judul itu adalah cerpen yang saya hasilkan dan telah berniat untuk dijadikan sebuah novel. Namun setelah tertangguh-tangguh akibat menumpukan kepada CINTA SUFIAH yang tidaklah sangat berjaya digarap akhirnya saya sudah tidak sabar lagi untuk mula menulis NOVEL CINTA DAN RONA KINANAH yang telah hampir sempurna dibentuk babak demi babak, bab demi bab dan hikayat-hikayat cinta yang sentiasa berlegar dalam kepala.

Esok adalah hari terakhir persekolahan untuk penggal 1 tahun 2008 ini. Murid-murid masing-masing terlibat dengan Peperiksaan Pertengahan Tahun (PPT). Saya telah menaruh azam untuk menulis sambil menanda kertas Bahasa Arab yang dijadualkan berlangsung pada Khamis. Semuanya sekali 9 kelas dengan murid purata 35-40 orang 1 kelas. Saya yakin kerja menanda tidak akan menjejaskan penulisan novel saya nanti.

Kali ini setelah melihat pengalaman lepas (gagal disiapkan sebab saya menulis terus) saya telah menyediakan story-board terlebih dahulu. Bahkan saya telah menyiapkan metode penulisannya juga sebelum semua babak dihimpunkan dalam sekitar 20 bab dan tidak termasuk Prolog dan Epilog. Novel ini saya akan tamatkan dengan jangkaan yang tak terjangkakan. Justeru khalayak nanti akan memberikan komen berbeza.

Penulisan Novel CINTA SUFIAH sudah di bab ke-8 tetapi semakin tidak dapat diteruskan hari demi hari saya sendiri kian lupa jalan ceritanya. Baca ulang pun tak dapat ilham cerita seterusnya. Inilah padah menulis terus. Kali ini saya belajar daripada pengalaman lepas. Apa yang pasti saya akan pastikan Novel CINTA DAN RONA KINANAH ini akan pasti diterbitkan tahun ini juga.

Saya teruja amat. Kata pengantarnya nanti saya akan minta daripada Sdr Nazmi Yaakub yang dahulu banyak membimbing saya. Buat masa ini saya belum menghubungi beliau. Jika beliau keberatan mungkin saya akan meminta Sdr Zaid Akhtar atau Ayahanda Azizi Hj. Abdullah.

Kepada kalian, saya harap kalian terus memberikan saya sokongan. Saya akan pastikan kalian tidak rugi menanti. Hasilnya nanti akan saya persembahkan kepada kalian.

Terima kasih.


Baitul Izzah. 

 


Posted at 5/21/2008 2:01:06 pm by akhimasrawi

web design
June 25, 2009   12:28 PM PDT
 
filem lucu la
malaysia web design
June 22, 2009   04:48 PM PDT
 
rona roni makaroni tu filem
Fire safety
June 2, 2009   03:50 PM PDT
 
ingat rona roni maka roni
shameel
April 29, 2009   11:11 AM PDT
 
Sy pernah bc cerpen cinta sufiah kt majalah I sekitar tahun 2004 atau 2005. Kisah cinta yg menarik. Alangkah indahnya jika dapat dijadikan novel. Apapun syabas juga kerana semnagt saudara utk menulis masih belum pudar
museum suplier
March 31, 2009   05:32 PM PDT
 
best la comment veen
travel malaysia
March 31, 2009   05:30 PM PDT
 
hai semua
web design
March 27, 2009   05:31 PM PDT
 
best la
akhi
October 14, 2008   11:52 AM PDT
 
terima kasih alkurauwi dan alqasam di atas motivasi dan kata2 semangat dorongan
alqasam
June 18, 2008   09:08 AM PDT
 
Cinta kepada sastera Islam ibarat cinta kepada tamadun Islam.

Tidak akan hilang dan tidak akan pudar. Tetap sama.

Selamat menulis! Kami menanti kemunculan novel sulung saudara Akhi Masrawi!
al-Kurauwi
June 11, 2008   08:03 AM PDT
 
Ya Akhi,
Teruskan menulis walau sebaris. Kata Bonda Zaharah Nawawi, berjeda itu putik kepada kegagalan. Novel Insyirah saya (dalam proses penerbitan oleh DBP) pernah saya siapkan dalam tempoh 2 bulan sahaja.
akhi
June 8, 2008   03:57 PM PDT
 
terima kasih ween. jarang ada org yang mengaku mengikuti sepenuhnya seperti kamu. dulu ada seorang tapi dah tak lagi rasanya. hehe
ween
June 1, 2008   05:59 PM PDT
 
hai akhi masrawi. barangkali saudara tak perasan pun saya. walaupun sblm ni saya pernah juga maninggalkan komen di sini... saya mengikuti perjalanan saudara sejak jun 2002..sejak saya mengenali geng jurnal, sejak saudara di mesir..itu lah hakikatnya.. sejak zaman saya mengikuti pengajian diploma, kini menyambung lagi pelajaran, saya masih mengikuti lagi perkembangan saudara.. tahniah atas ulang tahun perkahwinan, dan cahaya mata pertama...
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry

Sila klik  Respon/Komen/Cadangan


hakcipta terpelihara 2005 - http://www.akhimasrawi.blogdrive.com/